Click here for Myspace Layouts

Saturday, 12 November 2011

Kata Nama

KATA NAMA
Terbahagi dua iaitu kata nama am dan kata nama khas.

1. Kata nama am merujuk kepada nama manusia, binatang, tempat, benda atau tumbuh-tumbuhan secara umum. Huruf pertama kata nama am ditulis dengan huruf kecil, kecuali pada permulaan ayat.

2. Kata nama khas ialah perkataan yang merujuk kepada nama manusia, binatang, gelaran, tajuk, tempat, jenama, dan lain-lain secara khusus. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Perkataan yang berhuruf tebal adalah kata nama am dan yang condong adalah kata nama khas.

1. Bapa Ahmad bekerja sebagai seorang guru.
2. Ali ada seekor kucing yang diberi nama Tompok.

3. Datuk saya tinggal di Tanjung Malim.
4. Buku cerita yang bertajuk “Gong Nabi Sulaiman “ telah saya baca.

5. Abang membeli sebuah kereta Proton Persona.

Friday, 11 November 2011

Seronoknya belajar tatabahasa tahap 1

Sepatah Kata.. Coretan Pembuka Bicara

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Inilah pertama kali saya menghasilkan blog. Mula-mula memang saya begitu kabur sekali dan tertanya-tanya adakah saya mampu untuk menghasilkannya seperti orang lain. Namun, jika orang lain boleh, mengapa saya tidak boleh menghasilkannya. Setelah meninjau-ninjau blog yang dihasilkan oleh ahli kumpulan yang lain, saya sudah mendapat gambaran bagaimana hendak menghasilkannya.
Pendek kata, orang lain seperti kanak-kanak yang telah pandai berlari, akan tetapi saya seperti anak kecil yang masih belajar berdiri, begitulah perumpamaannya saya dalam menghasilkan blog ini. Banyak lagi kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.
Namun saya berasa puas hati kerana ini adalah hasil usaha saya sendiri atas tunjuk ajar Cikgu Jannatunnaim guru ICT sekolah saya.
Selamat melayari blog saya....

Saturday, 5 November 2011

Hanya adik beradik sahaja kini tempat mengadu kasih, setelah suami tersayang kembali kerahmatullah pada 24 Disember 2008.

Inilah satu-satunya permata hati ku, Munib Azfar. Moga kau akan jadi anak yang soleh, berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.