Click here for Myspace Layouts

Sunday, 11 December 2011

ANTONIM

ANTONIM (KATA BERLAWAN )

Ajak - halau
derhaka - setia
Adil – zalim
desa - kota
Akar – pucuk
dewasa – kanak-kanak
Aman – huru hara
dingin - panas
Angkasa – bumi
dahulu - sekarang
Apung – tenggelam
dunia - akhirat
Atur – selerak
elok- buruk
Bahagia – derita
ekor -kepala
Bangga – malu
enggan - rela
Bantah – setuju
erat – longgar
Beza – sama
gadai- tebus
Bina- runtuh
gagah- lemah
Bongsu – sulung
gagal- berjaya
Boros – jimat
gali– timbus/ kambus
Cabut – tanam
ganjil – genap / biasa
Celik – pejam
garang- jinak
Cetek – dalam
garing- lemau
Condong – tegak
gelora -tenang
Cuai – cermat
girang - sedih
Cukup – kurang
gelak - menangis
Caci – puji
halus -kasar
Damai – perang
hangat - sejuk
Dedah – lindung
hantar – jemput
Harum – busuk
hidup – mati
Hujung – pangkal
hilang – jumpa
Himpun – surai
hinggap –terbang
Hisap – hembus
indah – buruk/hodoh
Ingat – lupa
isi – kulit
Jarang – rapat
jasad – roh
Jelita- hodoh
kalah – menang
Kelam – terang
kemarau –tengkujuh
Kendur – tegang
kenyang – lapar
Keras – lembut
kutip – buang
Lalai – cermat
lapang – sempit
Larang – suruh
lekas – lambat
Licin – kesat
maju – mundur
Malap – terang
masak – mentah
Mertua – menantu
muara – hilir
Nafi – akui
nipis –tebal
Nyala – padam
palsu – tulen
Pasang – surut
pekat – cair
Permaisuri – raja
purba- moden
Putus – sambung
sempit – lapang
Subuh – senja
sunyi – bising
Suci – cemar
taat – ingkar
Tahniah – takziah
tajam – tumpul
Tohor – dalam
Tanya – jawab
Undur – mara
uzur – sihat
Yakin – syak
zahir – batin
Zalim – adil
ya – bukan
Lebar- sempit
letih – segar/cergas
Selatan – utara
kemuncak – kaki
Lanjut – ringkas
pendek – panjang
Malam – siang
kelmarin – esok
Adab - biadap
berani – takut
Buta – celik
hampir –jauh
Dosa – pahala
gemuk – kurus
Hitam – putih
hulur - tarik

Friday, 9 December 2011

KATA SERU

KATA SERU DAN AYAT SERUAN

1. Kata seru digunakan untuk melahirkan perasaan seperti hairan, kecewa, terkejut, marah , gembira dan sebagainya.

2. Apabila kata seru digunakan , ayat tersebut akan menjadi ayat seru.

3. Ayat seruan ialah ayat yang dimulakan dengan kata seru.

4. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru (!).

CONTOH-CONTOH KATA SERUAN

#amboi #wah #aduh #cis #eh
#hoi #aduhai #nah #oh #syabas

CONTOH-CONTOH AYAT SERUAN

1. Amboi, besar rumah kamu !

2. Aduh, sakitnya kaki aku !

3. Nah, terimalah tumbukan dariku !

4. Syabas, dengan kemenangan kamu dalam
pertandingan melukis itu !

5. Oh, rupanya kamu yang mengambil buku saya !

Lengkapkan ayat dengan kata seru yang sesuai.

1. _____________, wanginya bunga mawar ini !

2. _____________, mana kamu jumpa buku saya ini !

3. _____________, kamu rupanya yang mencuri ikan aku !

4. ________________, kamu telah memenangi pertandingan syarahan ini !

5. ________________, manisnya buah nangka madu ini !

KATA ARAH


CONTOH-CONTOH LAIN KATA ARAH


* dalam * hujung * luar * puncak

Lengkapkan ayat dengan kata arah yang sesuai.


1. Pemandangan dari ………… Gunung Kinabalu sungguh cantik.

2. Rumah Pak Abu terletak di ……………….. kampung.

3. Di ………….. bakul itu ada buah durian.

4. Bapa meletakkan bungkusan sampah itu di …………. rumah.

5. Rumah saya terletak di ……….. rumah Sani.

6. Beberapa ekor burung hinggap di ………… dahan pokok.

7. Di ………….. rumah Ahmad ada kandang lembu.

8. Emak menanam pokok-pokok bunga di ……………. rumah.

Thursday, 8 December 2011

KATA KERJA



Kata Kerja Tak Transitif

Nota Bahasa

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambutsebagai pelengkap.

Contoh Kata Kerja Tak Transitif


Pilih kata kerja yang betul untuk melengkapkan ayat di bawah.

1. Bapa sedang ………………………… batas untuk menanam sayur-sayuran.

2. Emak ………………… kari ayam untuk hidangan makan tengah hari .

3. Kakak menolong adik ……………………… kasut sekolahnya.

4. Adik …………………………….. buku-buku yang bersepah di atas meja.

5. Datuk dan nenek ……………………… buah durian di gerai itu.

6. Burung-burung itu sedang …………………..di dahan pokok.

7. Abang terjun ke dalam kolam renang untuk……………………….

8. Saya ……………… karangan yang bertajuk “Faedah Membaca.”

9. Ahmad dan kakaknya sedang …………………… televisyen.

10. Mereka ………………… di bawah pokok.


* menonton * hinggap * menulis * bersembang

* berenang * menjual

* mencuci * memasak * membuat * menyusun

Saturday, 12 November 2011

Kata Nama

KATA NAMA
Terbahagi dua iaitu kata nama am dan kata nama khas.

1. Kata nama am merujuk kepada nama manusia, binatang, tempat, benda atau tumbuh-tumbuhan secara umum. Huruf pertama kata nama am ditulis dengan huruf kecil, kecuali pada permulaan ayat.

2. Kata nama khas ialah perkataan yang merujuk kepada nama manusia, binatang, gelaran, tajuk, tempat, jenama, dan lain-lain secara khusus. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Perkataan yang berhuruf tebal adalah kata nama am dan yang condong adalah kata nama khas.

1. Bapa Ahmad bekerja sebagai seorang guru.
2. Ali ada seekor kucing yang diberi nama Tompok.

3. Datuk saya tinggal di Tanjung Malim.
4. Buku cerita yang bertajuk “Gong Nabi Sulaiman “ telah saya baca.

5. Abang membeli sebuah kereta Proton Persona.

Friday, 11 November 2011

Seronoknya belajar tatabahasa tahap 1

Sepatah Kata.. Coretan Pembuka Bicara

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Inilah pertama kali saya menghasilkan blog. Mula-mula memang saya begitu kabur sekali dan tertanya-tanya adakah saya mampu untuk menghasilkannya seperti orang lain. Namun, jika orang lain boleh, mengapa saya tidak boleh menghasilkannya. Setelah meninjau-ninjau blog yang dihasilkan oleh ahli kumpulan yang lain, saya sudah mendapat gambaran bagaimana hendak menghasilkannya.
Pendek kata, orang lain seperti kanak-kanak yang telah pandai berlari, akan tetapi saya seperti anak kecil yang masih belajar berdiri, begitulah perumpamaannya saya dalam menghasilkan blog ini. Banyak lagi kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.
Namun saya berasa puas hati kerana ini adalah hasil usaha saya sendiri atas tunjuk ajar Cikgu Jannatunnaim guru ICT sekolah saya.
Selamat melayari blog saya....

Saturday, 5 November 2011

Hanya adik beradik sahaja kini tempat mengadu kasih, setelah suami tersayang kembali kerahmatullah pada 24 Disember 2008.

Inilah satu-satunya permata hati ku, Munib Azfar. Moga kau akan jadi anak yang soleh, berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.